ANGELA by Jose Feliciano

" />
Hendak ku pikat burung di hutan
tapi disambar helang sejoli
hendak ku jerat hati mu teman
jadi perindu blog ku ini

Khamis, 26 Jun 2008

Menunggu esok yang pasti


Hari ini kakitangan di Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan sibuk membuat persiapan untuk penganjuran majlis penyampaian sumbangan pelajaran kepada para pelajar anak negeri ini yang diadakan pagi esok.
Sudah tiga hari kakitangan di pejabat ini khasnya di Unit Kewangan berada di pejabat sehingga lewat jam 9.00 malam bagi memastikan segala pe
rsediaan berjalan lancar. Di kalangan petugas ada yang kenduri tahlil terpaksa diwakilkan kepada anak-anak, ada pula yang tergesa-gesa untuk pulang kerana jiran sebelah meninggal dunia, manakala ada yang mempunyai anak kecil pula, memujuk anak masing-masing menyatakan `ibu’ atau `emak’ balik lewat, banyak kerja yang perlu disiapkan.
Dari semalam lagi mereka bertungkus lumus menguruskannya termasuk dari penyediaan cek dan jemputan. Apatah lagi yang agak menggusarkan ialah kehadiran pelajar-pelajar tersebut bersama keluarga masing-masing, kerana rata-rata ada di kalangan mereka yang dipanggil ada yang mengganggap kalau tidak hadir pada majlis tersebut, sumbangan boleh diperolehi juga samada melalui pos atau datang sendiri ke Pejabat Menteri Besar.
Bersoal jawap di fikiran setiap kakitangan segala kemungkinan-kemungkinan yang dihadapi jika kehadiran pada hari esok menimbulkan permasalahan di luar jangka.
Bagaimanapun, atas sikap kerja berkumpulan yang ditunjukkan oleh sekalian kakitangan yang dipertanggungjawabkan, segalanya sudah bersedia untuk berhadapan dengan segala kemungkinan itu.
Hakikatnya, beginilah kesungguhan yang dilakukan oleh pihak kerajaan di dalam memberi perhatian kepada golongan yang memerlukan. Tidak sama sekali mereka sengaja melewat-lewatkan setiap permohonan dan jauh sekali untuk tidak bersikap bertimbang rasa di atas
permasalahan golongan yang memerlukan.

Begitu juga bagi pihak yang memimpin, Menteri Besar Negeri Sembilan Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan begitu bersungguh untuk bertemu dan menyerahkan sendiri kepada pelajar-pelajar berkenaan sumbangan yang diberikan.
Yang turut dititikberatkannya juga ialah kehadiran ibubapa mereka, kerana Menteri Besar ingin sekali bertemu dan berbual dengan mereka dari hati ke hati di samping memberikan semangat dan dorongan kepada pelajar-pelajar untuk tidak mensia-siakan harapan yang diletakkan.

2 ulasan:

Marian Awor berkata...

Mak Aiiiii!!! jiwang betul kak Ju ni. Cair hati aku lihat syair sajak Kak Ju. Dari mana dapat idea tok? Kamek nak tau? Boleh sik??

Juriyati Mat Jalil berkata...

Ko anne, ni mesti tengah tak banyak kerja ye coz boleh tengok2 blog..secara spontan jer dapat ilham 12 tengahmalam tadi. Moga bertemu di puisi yang lain...