ANGELA by Jose Feliciano

" />
Hendak ku pikat burung di hutan
tapi disambar helang sejoli
hendak ku jerat hati mu teman
jadi perindu blog ku ini

Selasa, 10 Jun 2008

KELANA terserlah kehebatannya

Kelab Akhbar Negeri Sembilan (KELANA) kini, telah mejangkau 20 tahun usianya. Telah matang dan mampu bertindak mengikut fikiran, lantas mengenepikan terus perasaan yang berbaur hasut menghasut ataupun mementingkan diri sendiri.
Sepanjang tempoh 20 tahun KELANA, tidak dinafikan kelab ini melalui begitu banyak laluan sukar terutama dalam menjaga nama baik kelab agar tidak disalahgunakan dan diambil kesempatan oleh ahli-ahli yang tidak bertanggungjawab.
Dengan kepimpinan Presidennya, Encik Razali Pilus, KELANA kini begitu disegani sebagai salah sebuah kelab yang tidak pernah menggadaikan maruah persatuan semata-mata untuk mencapai kehendak peribadi.
Setiap aktiviti yang dianjurkan, lebih menjurus ke arah membawa kebaikan kepada ahli-ahli dan masyarakat. Tidak sama sekali mengajar ahli-ahlinya, mencemarkan maruah KELANA dengan bersifat meminta-minta sehingga boleh dilabelkan sebagai kelab murahan.
Pastinya, Presiden KELANA sentiasa menasihatkan ahli-ahlinya, terutama barisan kepimpinan KELANA sendiri agar, jangan jadikan kelab ini sebagai medan untuk menangguk di air yang keroh.
Barisan kepimpinannya pula, begitu tegas dalam menjaga nama baik KELANA agar tidak berulang sejarah lalu yang boleh mencemarkan nama baik KELANA sehingga ada ketikanya hampir dibubarkan terus dari senarai kelab yang berdaftar di bawah pendaftaran pertubuhan.
Sejarah memang banyak mengajar KELANA sendiri terutama ketika memperjuangkan keikhlasan dalam berpersatuan. Amat sukar melalui detik ini, kerana kebanyakan ahli-ahlinya datang dan pergi kerana terpaksa berpindah tempat bertugas di luar Negeri Sembilan. Telah termaktub di dalam perlembagaannya sendiri, ahli-ahli KELANA adalah di kalangan warga media yang bertugas di dalam Negeri Sembilan sahaja.
Ibaratkan, bumi mana yang tidak ditimpa hujan dan laut mana yang tidak bergelora, begitulah juga KELANA. Tidak dinafikan, rasa tidak puas hati dan dicabar dengan ketidak matangan segelintir yang dianggap parasit pernah mencalar luka dalam KELANA.
Bagaimanapun, berlandaskan kepada niat yang ikhlas, tiada agenda tertentu yang terselindung daripada peringkat kepimpinan ataupun ahlinya, KELANA tetap berdiri teguh dan sentiasa dihargai setiap penglibatannya di dalam apa juga aktiviti yang dianjurkan dan disertai.
Tahniah kepada Presidennya yang mampu membawa KELANA ke tahap yang disegani dan dihormati oleh keseluruhan persatuan-persatuan lain, jabatan-jabatan dan agensi kerajaan serta pihak swasta. Begitu juga dikalangan individu-individu yang banyak memberi sokongan kepada KELANA.
INSYAALLAH dengan berkat keikhlasan dan kejujuran di dalam berpersatuan, KELANA akan sentiasa dilimpahi kerahmatan dan keberkatan. Menjadi contoh terbaik dalam senarai persatuan yang membimbing ahli-ahlinya ke jalan yang diberkati dan diredai ALLAH.

2 ulasan:

Kamikazek berkata...

AKU TAK NAMPAK APA FUNGSI KELANA. YANG AKU TAHU KELANA BERGERAK HANYA UNTUK ORANG TERTENTU. TAK AKTIF LANGSUNG... HOI ORANG DAH BOSAN LA DENGAN KELAB KAU NI. GAH PADA NAMA SYOK SENDIRI BUAT APA.

Juriyati Mat Jalil berkata...

Kalau seseorang itu mengharungi perjalangan hidupnya berpandukan kepada sejarah dan pengalaman lalu, pasti akan berkatkan kejayaan yang dimiliki. Tetapi jika perjalanan hidupnya lebih bertopengkan kepada nafsu iblis untuk kepentingan diri sendiri dan suka mengambil kesempatan, nampaknya jadi hampehlah hidup. Selalunya manusia sukar untuk menerima sesuatu yang baik dan tidak pernah puas dan bersyukur dengan apa yang pernah diperolehi. Bagi yang nafsunya tak tercapai akal, jadilah ia parasit yang cuma menengek pada pohon yang menjadi pelindung bagi orang-orang yang mempunyai hati budi mulia. Sudahnya parasit itulah nanti yang akhirnya tinggal bersendirian dan hidup membilang jari yang tidak pernah cukup. Bagi yang hatinya dilumuti oleh sifat dendam yang tersembunyi, elok2lah kembali ke pangkal jalan dan bersihkan hati dan diri, jadilah orang-orang yang cantik hati budinya. Berterima kasih kepada kepimpinan yang berpegang kepada nawaitunya iaitu kebenaran dan keikhlasan.