ANGELA by Jose Feliciano

" />
Hendak ku pikat burung di hutan
tapi disambar helang sejoli
hendak ku jerat hati mu teman
jadi perindu blog ku ini

Sabtu, 20 Jun 2009

WARTAWAN MENEMBAK DI LAPANG SASAR


Sesekali ingin juga mencuba sesuatu yang belum pernah dipraktikkan. Bila kesempatan datang, saya tidak melepaskan peluang untuk mencuba menembak dengan diberikan tunjuk ajar oleh salah seorang atlet menembak yang akan menyertai SUKMA akan datang.

Walau apapun, saya cuma sempat belajar dari segi gayanya ajer semasa menembak, kerana dalam asyik nak fokus, terlepas lak tembakan...sudahnya....kantoi lahai...tembakan den...

Nak cerita juga sikit pengalaman hari ini iaitu 21 Jun 2009, wartawan yang membuat liputan pertandingan menembak antara pasukan Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan bersempatan mempamerkan kehandalan masing-masing menembak di lapang sasar.


Tidak kurang pula, Yaser tu ha...siap ada orang pertahanan lagi, takut terpelanting kat belakang kot kalau terlepas tembakan...


Badrul pula, gembira bukan kepalang apabila melihat keputusan tembakan yang dilepaskan...mungkin kena pada sasaran agaknya...melerek senyum sepanjang perjalanan
menuju ke khemah.

Rais... emmm...mula-mula nampaknya ada gaya...tapi di pertengahannya ketika tembakan dilepaskan mata memandang ke mana pulak tu...

Isnin, 15 Jun 2009

PENAT YANG BERBALOI

Penat hari ni….seharian berada di Jempol sempena lawatan sehari Menteri Besar ke daerah itu. Bermula jam 7.00 pagi dah keluar rumah dan pulang dalam jam 8.00 malam. Aduhai….loteh jo…lah badan...Di tambahlah pulak badan tak sihat, gigi paling bongsu nak tumbuh…sakit satu kepala…rasa bengkak ajelah pipi kanan ni…

Tapi, apakan daya…larat tak larat tugasan perlu dilaksanakan. Tak bolehlah nak bermanja-manja badan ni kerana setiap tugasan itu adalah tanggungjawab dan amanah yang perlu dilaksanakan sebaik yang mungkin. Menghalalkan gaji yang diterima setiap bulan adalah daripada pelaksanaan tugasan yang dipertanggungjawabkan tanpa ada tipu muslihat kerana segala yang dimakan hasil dari duit gaji yang diterima akan menjadi darah daging, bukan hanya diri kita, malah anak cucu kita juga.

Walau apa pun, bersyukur jugalah pada hari ini, kerana dapat melaksanakan tugas dengan sempurna dan pulang dengan selamat. InsyaAllah…hari esok akan ada kekuatan lagi untuk meneruskan tugasan yang diberikan. Semoga Allah memberkati dan memberi kerahmatan di atas segala yang aku lakukan.

Ahad, 14 Jun 2009

SEKELUMIT KISAH

Hari ini, rasa lega sikit di hati apabila menonton program PANORAMA di RTM. Seperti yang dijanjikan, telah disiarkan slot berkenaan Pertabalan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan. Terutamanya berkenaan acara gotong royong dan makan bersilo bersama rakyat. Tiga minggu, siaran ini ditunda, sehinggakan naik `loteh’ orang kampung menunggu depan tv.

Info diterima dari semasa ke semasa, malah promo mengenainya pun telah disiarkan. Bukan hanya orang kampung aje yang menunggu siarannya di depan tv seperti yang dijanjikan, malah orang-orang penting di Negeri Sembilan pun turut menunggu dengan penuh yakin. Tapi, slot lain pula yang disiarkan.

Sudahnya, saya pula yang bertubi-tubi menerima sms menyatakan `orang kampung ditipu lagi’… Saya yang bukan di kalangan warga RTM tak tahu nak jawap apa. Kerana saya cuma memberikan kerjasama sahaja sepanjang penggambaran dilakukan. Bila dapat info dari pihak RTM disiarkan sekian hari bulan, saya pun forwardkan ajelah. Tapi, kantoi… Sampailah pada minggu ke empat, barulah disiarkan. Itupun, apabila saya difahamkan setelah berlaku kekalutan yang dikatakan tidak sepatutnya berlaku.

Keluarpun siarannya pada hari ini bersamaan Ahad 14 Jun, 2009 jam 10.00 malam, saya rasakan sudah agak terlewat kerana, apabila siaran eksklusif yang diperolehi RTM sepatutnya disiarkan semasa masih panas lagi, barulah ada Ummm… orang ramai menontonnya. Ni…dah menjangkau berbulan-bulan, barulah disiarkan. Kenapalah jadi begini kesudahannya.

Walau apapun, terima kasih kepada RTM kerana menyiarkan juga akhirnya. Harap-harap tidak berulang lagi sebegini kerana keyakinan orang ramai jangan sekali-kali di persendakan.