ANGELA by Jose Feliciano

" />
Hendak ku pikat burung di hutan
tapi disambar helang sejoli
hendak ku jerat hati mu teman
jadi perindu blog ku ini

Selasa, 24 Jun 2008

Jadi yang terbaik di kalangan yang terbaik

Saya cukup kagum dan terharu dengan sikap profesional dan kematangan yang ditunjukkan oleh Presiden Kelab Akhbar Negeri Sembilan (KELANA) Encik Razali Pilus semasa majlis Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Negeri Sembilan bersama media baru-baru ini.
Walaupun beliau selaku Presiden KELANA diberikan penghormatan oleh AADK sebagai salah seorang tetamu VIP, namun beliau tidak melupakan rakan seperjuangannya yang turut hadir sebagai mewakili kelab akhbar lain.



Dalam pemerhatian saya, kelihatannya, sedikitpun tidak tercetus perasaan yang tidak baik di hatinya terhadap rakan-rakannya. Keikhlasan jelas terpancar dari setiap sudut gerak laku dan kata bicaranya demi untuk menjaga ikatan persahabatan yang terbina dari keluhuran hati.
Malah setiap kali namanya disebut sebagai `orang penting’ dalam pertemuan itu, tidak pernah sekalipun tidak disebut rakannya yang menjadi ahli kelab lain.
Beliau tidak terlepas pandang untuk turut mengingatkan pihak penganjur bahawa ada sebuah lagi kelab akhbar yang turut bersama pada malam itu.
Sikap begini, memang patut dipuji kerana tindakannya itu membawa kepada keharmonian dan semangat perpaduan dalam berpersatuan. Inilah contoh presiden yang tidak sama sekali membiarkan setiap keputusan yang dibuat mengikut perasaan, tetapi mengikut kata hati yang berlandaskan pemikiran dari akal yang matang dan waras.
Jauh sekali dia bersikap untuk memecahbelahkan ahli-ahli sehingga boleh mengheret kepada sikap sentiasa tidak berpuas hati.
Kesimpulannya, keikhlasan itu adalah menjadi perkara utama di dalam membawa persatuan ke arah yang lebih dihormati dan disegani oleh masyarakat sekeliling.
Jika hati sentiasa dibaluti dengan sikap kotor seperti iri hati, dengki dan cuba untuk mengadu domba untuk saling jatuh menjatuhkan pihak yang dianggap persaing terdekat, sudah pasti sesebuah persatuan itu tidak akan berkekalan lama, tetapi sekadar teguhnya semasa laut tenang dan runtuhnya pula setelah laut berombak.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hopefully my art will be of some interest, too.
Ping Desktop / Laptop Wallpapers.
http://screenfonds.blogspot.com/
Peter Ingestad, Sweden

Kamikazek berkata...

SUDAH LAH KAU JURIYATI.. YANG KAU MARAH SANGAT KAT KELAB SATU LAGI TU KENAPA? KAU TAKUT KEDUDUKAN KAU SEBAGAI SETIAUSAHA TERJEJAS KE? KALAU KAU RASA TERGUGAT, KAU PUNYA PASAL LA. YANG AKU TAHU, KELAB SATU LAGI BERGERAK TANPA ADA AGENDA SEBALIKNYA. YANG KAU AJK KELANA APA ADA? ASIK SIBUK ISI KANTONG MU SAJA. BUAT AKTIVITI BUKAN UNTUK AHLI TAPI UNTUK KANTONG AJK. BAIK AKU BLAH KE KELAB LAIN YANG LEBIH MENJAMIN....

Juriyati Mat Jalil berkata...

aik!!! kalau takut di lambung omak jangan berumah di tepi pantai. Apa ada pada pangkat dan nama dalam sesebuah persatuan. Akhirnya keimanan juga yang dibawa ke liang lahat. Apa guna pada harta kekayaan kalau sumbernya adalah dari rezeki yang tidak halal. Biarlah kita kaya pada hati budi, daripada kita kaya dengan hasad dengki. Salah menyalahkan, tuduh menuduh, curiga mencurigai dan khianat mengkhiati adalah perbuatan terhina. Jangan kita takut pada bayang2 sendiri kalau kaki kita masih berpijak pada bumi yang nyata.