



Patah tumbuh hilang berganti. Tetapi yang patah dan yang hilang tidak sama dengan yang baru. Kali pertama menemuinya hati telah terpikat. Gelagatnya begitu melucukan dan kejinakannya menjadi satu tarikan kepada sesiapa jua yang mengunjungi Ladang Ternakan Rusa di Juasseh, Kuala Pilah.
`Kiki’ begitu istimewa diantara ratusan rusa yang diternak di ladang berkenaan. Membesarnya tidak dimanjai oleh ibu, malah ditinggalkan begitu sahaja tanpa dipedulikan walau sesaat pun. Kehidupan Kiki begitu terasing, sering bersendirian dan temannya adalah penjaga ladang yang telah membesarkannya ketika usianya enam hari dan disisihkan oleh ibu sendiri.
Tapi kini, Kiki telah tiada. Saya baru mengetahuinya sebaik sahaja menghubungi salah seorang penjaga ladang berkenaan pada petang tadi (23 Disember 2008). Kiki adalah diantara puluhan rusa yang disembelih sempena menyambut Hari Raya Puasa yang lalu. Dalam kumpulan rusa yang dimasukkan di rumah sembelih, rupa-rupanya Kiki ada di dalam kumpulan itu. Kesemua rusa-rusa itu sukar untuk dibezakan, kelihatan semuanya serupa. Tanpa disedari, Kiki turut disembelih. Disedari sebaik sahaja dagingnya mahu dilapah.
Alangkah terharunya penjaga Kiki yang sering memanjakannya sejak kecil lagi. Malah kehidupannya seperti sudah sebati dengan manusia. Namun, apalah daya, kelalaian yang berlaku telah mengorbankan Kiki yang merupakan satu-satunya rusa yang terlalu istimewa bagi ku di ladang itu.
2 ulasan:
Interesting lifestyle!
Ya, what a interesting lifestyle. Sejak kenal kak juriyati, mcm2 benda dan perkara baru yang dia perkenalkan. kebykkannya memng sgt menarik. Antaranya 'KIKI'. Dia comel, ramah (dgn org yg dia dah kenal) dan bijak. Sayangnya dia dah mati...mcm baru semlm, usap kepala dia..
Two Hands Caricaturist? Betul ke, boleh lukis dua-dua belah tangan? Amazingnya...
Catat Ulasan