Dua tiga minggu ni fikiran celaru sikit. Tak tahulah kenapa? Mungkin juga disebabkan teman sekerja ku sudah berpindah ke jabatan lain. Rasa seperti kehilangan juga sebab selalu bersama dengan dia. Tak kira dalam apa waktu sekalipun, teman ku ini sering menemani aku terutama apabila tugasan ku hingga ke lewat malam. Kami sering berkongsi pendapat dan saling bantu membantu.
Berbelas tahun aku bersama dengannya. Susah dan senang selalu bersama. Seperti semangat ku hilang tiba-tiba. Mengambil masa lama juga untuk aku pulihkan kembali keadaan ku ini yang kadang-kadang terpaksa akur pada keadaan yang sama sekali tidak aku sangkakan.
Entahlah sering aku mengeluh sendirian, mencari di mana kesilapan sebenarnya.
Ku sangkakan panas hingga ke petang,
rupanya hujan di tengahari,
ku harapkan persahabatan kekal aman,
namun terbatas di pertengahan.
Begitulah keadaannya. sejak dia bertukar, aku langsung tidak menerima panggilannya, begitu jugalah di sebaliknya, bila aku call, panggilan aku tidak dijawap. Marahkah? Merajukkah? Dan macam-macam persoalan timbul. Tidakkah sedikitpun di hatinya teringatkan kisah-kisah lama sepanjang bersahabat bersama ku sehinggakan tiada sekelumitpun rasa rindunya pada seorang sahabat yang sentiasa mengingati dirinya?
Sepanjang persahabatan ku dengannya, aku mengganggapnya sebagai sahabat yang begitu rapat dengan ku. Apatah lagi bila aku mengenali ibu bapa dan seluruh keluarganya. Pernah terpanggil hati ku untuk melawatnya ketika keadaannya tidak sihat dan pernah aku menasihatinya apabila sesuatu tindakannya tersasar. Namun, pada luarannya ku lihat dia tidak pernah mengambil hati dengan setiap teguran ku. Tetapi di dalam hatinya aku tidak dapat menjangkakan apa sebenarnya yang berlaku.
Di akhir perpisahan kami, aku begitu terkilan kerana tiada salam perpisahan dihulurkan. Lidah seakan kelu untuk berkata-kata dan pandangan bagaikan sudah terlindung oleh jarak yang bersilang.
Walau apapun, sahabat ku, kau tetap aku ingati selalu. Sebagai seorang sahabat yang pernah dekat di hati ku. Akan aku kenang setiap budi baik yang dihulurkan. Kisah suka duka sepanjang bersama akan menjadi lipatan dalam sejarah hidup ku sebagai seorang sahabat yang pernah aku kenali suatu ketika dahulu.
Ahad, 23 November 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
3 ulasan:
Kak Ju..tak apalah kak Ju. Ann di Miri tetap setia mengingati dan merindu Kak Ju. Kalau dia tak rindu Kak Ju, Ann akan rindu Kak Ju. Kenapa Kak Ju tak terus jumpa dia kat tempat keja, tanya terus? Tapi bagi saya kak Ju, saya biarkan sahaja, sebab lambat-laun bila dia sedar, dan ingat erti sebuah persabahatan, dia sendiri yang cari kak Ju. Kak Ju apa khabar sekarang?
Baik-baik sahaja Ann...rindu juga pada Ann...bila ya kita boleh berjumpa. Nak ke Miri `Jauh Bona'. Bila lagi Ann akan hadiri kursus di IPTAR? Nanti boleh kita jumpa.
Ye ke, sian Kak Ju.. saya kat bangi pun rindu kat akak jugak hehehe
Catat Ulasan