ANGELA by Jose Feliciano

" />
Hendak ku pikat burung di hutan
tapi disambar helang sejoli
hendak ku jerat hati mu teman
jadi perindu blog ku ini

Selasa, 23 Disember 2008

POKOK KELAPA BERTUNAS LAGI



Pernahkah anda melihat kelapa bertunas ketika pokoknya sedang membesar? Setahu saya bertunasnya cuma pada buah kelapa yang sudah tua. Tapi lain pula yang ini, dipangkal pokoknya tumbuh satu lagi tunas yang mungkin apabila besar nanti pokok kelapa ini akan bercabang.

Beginilah keadaanya pokok kelapa itu yang kini tumbuh subur di tanah bersebelahan rumah ibu ku di Kampung Jiboi Baru, Ampangan, Negeri Sembilan.

Kata ibu ku, kemungkinan, pokok asalnya (kakak) akan beralah dan membiarkan pokok baru (adik) membesar. Walau apapun kita lihat sedikit masa lagi, apakah akan terjadi seterusnya.

1 ulasan:

KUSINAR berkata...

Mcm-mcm benda pelik kak juriyati jumpa. Takjub betul la.. :) bole masuk mastika nih. Tak pun majalah variasi yg dulu2 ada tuh hehehe