ANGELA by Jose Feliciano

" />
Hendak ku pikat burung di hutan
tapi disambar helang sejoli
hendak ku jerat hati mu teman
jadi perindu blog ku ini

Rabu, 11 Mac 2009

KAU TETAP SAHABAT DIHATI KU…

Pertemuan itu ada kalanya
memedihkan,
Bicara itu ada kalanya
amat menyakitkan,
Dan…
Perpisahan itu ada kalanya
membawa kerahmatan


Pertemuaan itu tanpa aku duga. Sejak pertukaran sahabat ku ke jabatan lain, agak lama jua tidak kutemui dia. Khabar beritanya cuma ku dengar dari rakan-rakan ku yang lain. Itupun diantara yang terpilih. Namun aku tetap mengharapkan agar ada ruang waktu untuk aku bertemunya, setidak-tidaknya rindu aku pada sahabat yang pernah aku sanjung dan sayangi terubat walaupun tidak pada keadaan yang mengizinkan.

Tengahari itu, kelibatnya terlihat oleh ku sebaik sahaja pintu lif terbuka. Tapi dia berlindung di balik tembok yang menghalang pandangan. Aku tunggu dan tunggu di pintu lif, kerana aku tahu sahabatku cuba untuk menggelakkan dirinya dari bertemuku. Selang 10 minit kemudian, sahabatku menampakkan dirinya, tapi dia terjerat pada sangkaan yang pasti. Lantas, arah lurus disimpangkan agar tidak menjadi keliru.

Lantas aku laung namanya, namun dipandang cuma sesaat. Ku ekori pantas langkahnya, sambil bersuara jelas mengajukan persoalan,
“Angah, kenapa nak lari dari aku? Apa salah aku sebenarnya? Cuba terus terang dengan aku…

Persoalan ku dijawap ringkas,
“Tak ada apa-apalah. Biasa jer...”

“Kalau biasa, tak kan sikap ko macam ni. Cakap dengan aku, apa sebenarnya yang membuatkan ko jadi macam ni kat aku? Cakap terus terang…”

Jawapannya tetap sama…tapi riak wajahnya telah ku dapat jawapannya. Ada sesuatu yang cuba dilindungi dari diri ku.

Namun, aku tetap mengekorinya dan naik lif yang sama menuju ke pejabatnya. Di dalam lif aku sempat menyatakan padanya mengapakah sikapnya sebegini. Apakah sudah lupa pada persahabatan yang pernah terjalin berbelas-belas tahun. Jika ada kesilapan aku, beritahu apa sebenarnya yang berlaku.

Pertemuan itu terpisah sebaik sahaja sahabatku melangkah masuk ke pejabatnya. Aku akur pada setiap perbuatannya walaupun kemesraan antara kami sudah tiada dan padam dengan hanya sekelip mata.


Setidak-tidaknya aku telah berusaha untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik, walaupun penghujungnya hampa. Namun aku tidak terkilan. Selagi masih aku bernafas, selagi itulah kau tetap sahabat ku dunia dan akhirat. Aku tidak pernah meyongsangkan niatku waima segunung emas pun dipersembahkan kepada ku. Aku tetap diri ku. Beginilah aku seadanya…

1 ulasan:

Cikgu Nan berkata...

Berdoalah untuk nya...
Terima kasih kerana mengunjungi Kompleks YKS Tok Muar Kuala Pilah, NS