ANGELA by Jose Feliciano

" />
Hendak ku pikat burung di hutan
tapi disambar helang sejoli
hendak ku jerat hati mu teman
jadi perindu blog ku ini

Rabu, 21 Januari 2009

CEGAH SEBELUM PADAH




Kebetulan hari ini bertegur sapa dengan seorang pelajar yang kelihatannya menahan kesakitan di bahagian tangannya. Saya mengajukan pertanyaan kepada pelajar berkenaan, kenapa tangan tu berbalut?

Dengan sopan, pelajar itu berkata, berlaku kemalangan kecil semasa di makmal kimia. Saya bertanya lagi, kenapa boleh jadi begini? Katanya semasa ujikaji, guru tidak memberikan sarung tangan sebagai langkah keselamatan dengan alasan sarung tangan sudah kehabisan.

Saya terus mengekori pelajar berkenaan dan melihat sendiri dia membuka balutan. Kelihatan kulitnya melecur dan terdapat luka-luka di celah jarinya. Tangannya semakin membengkak.

3 ulasan:

Unknown berkata...

Hello Kak Ju,

Saya sebenarnya tidaklah hendak mendabik dada dan menuding jari jika sekiranya berlaku sebarang kepincangan dalam institusi pendidikan. Sebab majoriti keluarga saya, bahkan ibu, adik perempuan dan rakan serumah saya adalah seorang cikgu.

Namun sekiranya perkara sebegini yang puncanya, apabila dikenal pasti kelak adalah daripada guru bagi matapelajaran tersebut, ini akan menyebabkan profesionsi perguruan dipandang remeh.

Keselamatan para pelajar harus menjadi keutamaan apabila berada di dalam makmal semasa membuat uji kaji. Tetapi sekiranya alasan mengatakan keselamatan tidak dapat dijaga disebabkan kekurangan peralatan perlindungan diri, maka alasan berkenaan tidak dapat diterima. Dan kalau boleh guru berkenaan hendaklah dipertanggungjawabkan kerana membenarkan uji kaji dijalankan walhal keselamatan pelajar ketika itu terdedah dengan bahaya.

Saya sedia maklum dengan hal-hal serta kod etika perguruan menerusi keluarga dan rakan, bahawa keselamatan pelajar dan murid diawasi sepenuhnya semasa sesi persekolahan bermula hingga selesai.

Secara peribadi, sudah tiba masanya Kementerian berkenaan perlu memastikan bahawa calon guru yang ada dalam senarai kini, hendaklah dipastikan kesesuaian serta kendiri yang membolehkan mereka layak untuk memikul tugas dalam profesion perguruan. Kita sedia maklum, ada kalangan guru yang sebelummya merupakan graduan universiti menjadikan profesion perguruan sebagai pilihan akhir mereka apabila terumbang ambing tidak mendapat pekerjaan setelah tamat dalam bidang asal yang dipilih dahulu. Kini mereka menjadi guru, yang kita sendiri tidak tahu sejauh mana kesungguhan mereka untuk mendidik anak bangsa. Tiap hujung bulan terima gaji dan mendapat insentif setara dengan guru yang sememangnya berdedikasi dan bersungguh-sungguh memikul tanggungjawab yang diamanahkan.

So, kak Ju. Apa pula tindakan susulan. Ini merupakan perkara serius dan adakah pihak sekolah terbabit mengambil maklum dengan kejadian ini? Perkara ini handaklah dibawa ke tengah kak Ju. Biar ia akan menjadi pengajaran dan peringatan kepada semua bahawa tanggungjawab perlu dan wajib dilaksanakan, dan bukan hanya dilaksanakan sekadar untuk memenuhi syarat.

COWENG ANAK PILAH berkata...

Hai Chris, apa khabar? Lama tak dengar berita...apa perkembangan baru melangkah ke tahun 2009 ni? Harap-harap lebih menyerlah kehebatan dan tidaklah kebolehan itu masih tidak diketengahkan lagi. Alang-alang RTM dah ada perubahan besar dalam siarannya, tak kan pihak RTM masih tidak nampak lagi kebolehan dan kehebatan Chris...

Berbalik kepada komen, terima kasih kerana memberi ulasan yang begitu jelas. Kak Ju sokong pendapat Chris.

Mengenai pelajar berkenaan, setakat ini perhatian telah diberikan oleh pihak sekolah mengenai masalahnya. Kalau sebelum ini buat tak tahu sahaja, tetapi tindakan susulan telah dibuat kepadanya dan pihak sekolah telah memanggil pelajar berkenaan untuk mendapatkan laporan lengkap mengenainya.

Alhamdulillah, setidak-tidaknya bila ada perhatian dari pihak sekolah, terasa ringan sedikit sakit yang ditanggung oleh pelajar berkenaan.

Walau apa pun, apabila kita sudah bekerja dengan kerajaan ni, kalau boleh kita atasi masalah secara bijak agar tidak saling salah menyalahkan. Kalau dulu bekerja dengan Berita Harian pasti Kak Ju tulis dah berita mengenai pelajar itu, tapi sekarang tak bolehlah. Walau apapun, tindakan untuk menyelesaikan masalah tetap dilakukan, cuma caranya sahaja berbeza. Yang penting kita ambil iktibar dari kelalaian itu agar tidak berulang kemalangan yang ditakuti nanti melibatkan lebih ramai pelajar. Selalunya, bila sorang dua yang terkena tidak mahu dipandang serius, tapi bila dah ramai baru nak ambil tindakan. Bak kata pepatah, `Bila dah tergantuk baru nak tergadah'.

Unknown berkata...

Hi Kak Ju,

Kris ok saja dan saya menyambut tahun 2009 dengan penuh debaran. Bukan apa, dalam setiap tahun itu unik dan terkandung cabaran tersendiri sama ada dalam kerjaya mahupun peribadi. Tetapi Kris begitu berharap agar dapat menempuhi segala-sagalanya dengan sabar dan mengatasi semua aral dengan membuat pertimbangan yang wajar.

Pada asalnya saya begitu bersungguh-sungguh untuk balik ke RTM terutama sekali dalam bidang penerbitan. Tetapi bila difikir balik, apa salahnya saya cuba dulu bidang yang baru saya kenal dan cuba mempelajari sesuatu yang baru di samping meluaskan pengalaman. Dalam masa sama, Kris juga mengintai peluang-peluang baru yang ada untuk terus punya daya saing dengan rakan-rakan sejawatan di RTM. Bertugas di Bahagian Perhubungan Awam banyak mengajar saya tentang komunikasi yang kini baru saya ketahui terdapat beberapa cara dan kaedah berkomunikasi dengan kebanyakan orang. Di sini juga turut membantu meningkatkan keupayaan saya berkomunikasi dalam bahasa Inggeris, manakala masa bekerja yang sesuai membolehkan saya menghadiri sesi kuliah kelas e-PJJ saya di UiTM pada setiap hujung minggu. Kris kini sambung belajar dalam sarjana komunikasi massa (perhubungan awam).

Kris sebenarnya enjoy view semua paparan Kak Ju terutama bahan-bahan dari N9. Dapat juga Kris update kan diri tentang perkembangan yang berlaku dalam negara. Diharap Kak Ju akan terus membuat paparan yang menarik di masa-masa akan datang sebagai duta media N9 akan perkembangan yang berlaku di sana.

Selamat maju jaya Kak Ju dan mudah-mudahan kita dapat berjumpa dalam kursus-kursus akan datang. Take care Kak Ju ;-)