Terasa seperti tercabar juga kesabaran ni…Tiga empat hari ni, tak sudah-sudah memikirkan sikap rakus segelintir manusia yang punya hati budi kotor yang cuba untuk mencantas tindakan rakan sendiri. Dalam hati ni tak sudah-sudah berkata, kenapalah manusia begini…apalah nak direbutkan dalam dunia ni…Janganlah dipandang ruang tu sempit sangat…banyak peluang ALLAH akan beri…tapi janganlah bertindak menganiaya kawan-kawan. Mencari sokongan dengan merendah-rendahkan usaha dan tindakan kawan sendiri.
Jangan dizalimi keikhlasan dan niat baik orang. Silap hari, diri sendiri yang terjerat dan ALLAH itu maha kaya dan berkuasa…Dia beri kepuasan pada hati masing-masing untuk bertindak walau dengan apa carapun, tapi sampai masa, bila dia nak rentap semua…dia akan rentap…menangis air mata darah pun nanti dah tak guna...Mentertawakan orang yang ikhlas itu nanti akan bertukar menjadi laungan menyesal tak sudah. Sudahnya…orang-orang yang dianiaya ni lah nanti akan mendapat kejayaan dan kerahmatan serta keberkatan dari segala usaha yang dilakukan tanpa menganiaya sesiapa dan tanpa menyakiti hati sesiapa.
Walau apa pun saingan dan cabaran, pandang dari sudut positif, jangan pandang dari sudut negatif, kelak nanti langkah dan tindakan seiring dengan hasutan dan nafsu iblis. Makanya, akan terbawalah keseronokan itu ke kancah kehancuran dan pada masa itu, maruah dan harga diri akan tergadai.
Hiasi diri dengan budi pekerti yang mulia, berbaik-baik sesama insan kerana itu adalah yang terbaik untuk kita mencipta kejayaan yang berkekalan.
Memang dalam dunia ni…sejuta kebaikan yang kita buat, masih kabur pada mata orang-orang yang sentiasa mengejar kepentingan diri sendiri. Pada mereka, segala tindakan orang itu, adalah untuk bersaing bagi mencari publisiti ataupun puji-pujian.
Aduhai…dalam menanti masa terbakar tangan orang-orang yang menaniaya orang ni, agak tercabar juga kesabaran ye…Tapi…ingatlah selalu….ALLAH sentiasa menyebelahi orang-orang yang benar dan sabar. Amin Ya Rabbil Alamin…
Ahad, 13 Julai 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
KAK Ju,
Dalam semua artikel Kak Ju, saya suka yang ni. Sebab apa, tiada apa yang lebih mencabar bagi saya, kalau tidak kerana kesabaran, dah tu, tak nak bergaduh dengan rakan-rakan sekerja, barangkali saya pun ikut perangai dia orang 'kaki gaduh'. Kesabaran memang ada batasnya Kak Ju. Tapi saya bersyukur kerana kesabaran itu tetap menebal dalam diri saya dalam pun kemuncak nak 'meletup' tu dah tahap-tahap kritikal tapi 'Sabarrrrrr"""!!! Saya pun tak tahu kak Ju. Sejak akhir-akhir, sudah pandai 'tercabul tapi bukan bahasa kesat atau kasar, secara halus tapi sedikit menyindir balik' kata-kata keluar dari mulut saya kerana 'dah tak tahan'. Setiap hari, apa yang saya buat, ada yang tak kena...Tapi saya tetap sabar. Saya tak fahamlah Kak Ju, kenapa golongan 'senior'seperti dibayangi takut kejayaan dicapai golongan muda, & mengapa mereka tidak mahu menerima yang mereka juga pernah muda dulu, dan harus menerima hakikat yang idea & cara berfikir dari golongan muda lebih kreatif, dan semestinya pengurusan hendak menonjolkan 'orang muda' sebagai pelapis mereka di masa hadapan.
Selalunya begitulah marian. Golongan yang takut pada bayang-bayang sendiri dan seakan tidak mahu faham, siang akan berganti malam dan begitulah seterusnya. Mereka rasa, diri sentiasa muda selamanya. Perlu ingat, setiap sikap dan langkah kalau sering dibaluti rasa tidak mahu menerima keyataan, akan merugikan diri mereka sendiri. Kita sabar ajelah dengan sikap orang seperti ini, kerana kehidupan kita ini bukan mereka yang menentukannya. Akak sentiasa berkata pada diri sendiri, apa guna nak saling sakit menyakitkan hati orang, memadailah mereka yang menyakitkan hati kita, kerana suatu masa mereka akan disakiti juga oleh orang lain. Apa guna kita nak mencari kemenangan di gelanggang yang pesaing kita dari golongan yang jumud pemikirannya. Eloklah kita seperti biasa melalui kehidupan ini dengan penuh kesabaran.
Catat Ulasan