Bila seseorang itu ada dendam yang tersembunyi, apa kita nak kata ye!!!
Lihat pada riak wajahnya baik sangat…ada imannya, lembut bicaranya dan ada senyumnya. Tapi segala tindakannya yang tersembunyi berjaya memecah belahkan orang, menghasut orang dan mengadu domba orang. Yang paling dahsyat berjaya memfitnah orang sehinggakan orang yang jujur dan ikhlas itu dipandang serong oleh mereka yang berjaya dipengaruhinya.
Tapi…saya sentiasa sedar, doa orang-orang yang difitnah dan dianiaya sentiasa diterima ALLAH. Kalau kita pada pihak yang benar, sentiasa hiasi diri dengan sifat sabar dan bersyukur. InsyaAllah akan berlipat kali gandalah keberkatan dan kerahmatan yang datang.
Ahad, 13 Julai 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
4 ulasan:
Betul Kak Ju. Saya sokong. Apa sahaja yang kita buat, walau macamana orang tipu orang lain, cakap berbelit-belit, memutar-belit kata-kata dengan menyampaikan kata-kata aniaya, kesat dengan orang lain hanya untuk memburukan diri kita, KAK JU, SAYA PERCAYA, TUHAN TAHU, DAN ORANG YANG MENGATA ITU JUGA TAHU, SAMA ADA APA YANG DIA KATA ITU BETUL ATAU TIDAK, dia tidak dapat menipu dirinya sendiri, walaupun kata-katanya itu banyak memburukan orang lain tetapi dia dan tuhan tahu, siapa yang menipu dan yang ditipu!!! Bagi saya Kak Ju, kalau saya benar-benar memerlukan pertolongan orang lain, saya buat dengan ikhlas dan jujur hati, tetapi jika saya tahu, perbuatan itu akan memudaratkan diri saya, saya akan cari jalan yang tidak memudaratkan diri saya...asalkan satu sahaja, JUJUR & IKHLAS.....nescaya semua masalah dapat diselesaikan..
Hi kak Ju,
This is my 1st time commenting on your blog and i'm glad 4 doing so (slalu xde masa. my chances to online while i'm in the ofis and mostly my time are constrain)..
Kak Ju, nowadays people tends being hypocrite. It's been our norms to be polite and carring to each other especially among friends, colleagues, neighbours, and even to our community.
In short, everyday we'll be encounter this kind of people who try make our life meserable.
But Kak Ju, the only thing that we need to tell ourself is patience and preseverance. I did describe furthur on my blog. Feel free and don't hasitate taking ur time to read.
Have a nice day Kak Ju!
regards
[-_-]
alfearro
hai kak juriyati :) mcm tak percaya, tapi hakikatnya ini first time komen dlm blog akak.
akak, anggap semua tu perkara remeh je. kalau boleh jgn masukkan dlm kepala hotak langsung. jgn dilayan. nanti yg sakit akak jugak.
kebahagiaan hidup kita, kita sendiri yg tentukan, selain dgn takdir Tuhan lah. bukan org lain...
saya yakin akak dah masak sgt dgn agenda setting klise org2 sengal yg kat keliling akak tuh... :)
Thanks marian, kristo and Juma.
Serang hendap ni sebenarnya lagi dahsyat dengan serang berdepan. Bisanya maha dahsyat, sikit-sikit dia memakan di dalam. Kalau tak tahan sabarlah, rasa dah lekat penampar kat dua pipi malaun yang busuk hati ni. Tapi, fikir balik, apa guna kan? Kita belajarlah banyak-banyak bersabar dan percaya Allah akan sentiasa menolong kita.
Catat Ulasan