ANGELA by Jose Feliciano

" />
Hendak ku pikat burung di hutan
tapi disambar helang sejoli
hendak ku jerat hati mu teman
jadi perindu blog ku ini

Isnin, 18 Ogos 2008

OLEK DEN DAH SOLOSAI

Alhamdulillah…bak kata orang Nogori, solosai dah olek den…penatnya macam buat kenduri kahwin…Mudah melafazkan, tapi untuk melaksanakannya, terpaksa berdepan dengan berbagai-bagai kerenah. Bagaimanapun, dengan berkat usaha gigih, kesepakatan, semangat kerjasama dan yang paling penting keikhlasan, program Kembara Amal Pelancongan Negeri Sembilan (KAPNS) 2008 yang dianjurkan oleh Kelab Akhbar Negeri Sembilan atau singkatannya KELANA berlangsung dengan jayanya.
Pada mulanya terasa gentar juga, takut tidak mendapat sambutan. Malahan di kalangan wartawan di Negeri Sembilan ni bukanlah ramai sangat, apatah lagi kebanyakan mereka terpaksa berdepan dengan tugasan yang tidak tentu masa. Berlandaskan kepada `kebersihan hati’ antara sesama ahli, tanpa menyimpan perasaan buruk sangka, curiga mencurigai, salah menyalahkan, kata mengata, cemburu mencemburi, dengki mendengki dan khianat mengkhianati, program ini menempa kejayaan di luar dugaan. Hanya pada Allah SWT kami melafazkan rasa kesyukuran di atas limpah nikmat dan kerahmatan yang diberikan kepada kami semua.
Kerjasama yang kami perolehi daripada pihak kerajaan negeri, terutama daripada peringkat kepim pinannya Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan Dato’ Norzam Mohd Nor, Exco-Exco Kerajaan Negeri, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan pegawai-pegawai kanan kerajaan, memberi semangat kepada kami untuk berusaha bersungguh-sungguh agar KAPNS ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Begitu juga kepada jabatan dan agensi kerajaan seperti Unit Penggalak Pelancongan (UPP), Tourism Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat Muzium Lukut, Kraftangan Negeri Sembilan, Majlis Perbandaran Seremban, Jabatan Keselamatan Jalan Raya, RTM dan Negeri FM serta Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Sembilan, kami amat hargai kepercayaan dan keyakinan yang diberikan untuk KELANA menganjurkan program KAPNS ini.

Tidak kami lupa kepada syarikat swasta yang turut membantu dan memberikan kerjasama yang padu seperti ExxonMobil, AFQ, Pencetakan Cahaya Murni, Tiara Beach Resort dan Samsung, jasa kalian kami sanjung tinggi.

Budi diberi penghias diri
Dalam ingatan jadi kenangan
Walau jauh melangkah pergi
Jasa dikenang sepanjang zaman

Presiden KELANA Encik Razali Pilus…teruskan perjuangan sebagai pemimpin yang meletakkan persatuan sebagai lambang menyatupadukan ahli dengan sifat-sifat terpuji, tanpa mengejar kepentingan peribadi. Teruskan perjuangan tanpa menjadikan persatuan sebagai badut untuk mencari keuntungan. Semoga keikhlasan yang lahir dari ketulusan hati itu, melimpahkan sejuta kerahmatan yang berpanjangan kebahagiaannya. Amin.

Jangan dicalar sekeping hati
Kalau jiwa kuat imannya
Jangan digadai maruah diri
Kalau diri sempurna sifatnya.



4 ulasan:

blinkBLINK berkata...

akak...
tahniah kepada kelana yang join kembara amal...

dalam byk2 gambar, sy suka gambar yang ada sy heheh ngn gen 2 kesayangan....

tapi apsal la group tertutup disatukan ngan pcm lah..pejabat mb lah...buat la kategori lain...tey al bukan ahli kelana...tapi ini hanya komen je ..takut2 rmi ahli kelana lain yang komplen...

anyway tq n congrats atas anjuran yang sangat mengujakan..

cayoooo

from N rtm ns
ainwahida.blogdrive.com

Juriyati Mat Jalil berkata...

Akak dah akak dah, ko memang suka punya gambar tu, coz nampak slim..he..he..he..
Berkenaan dengan group tu, sebenarnya, Kategori tertutup penyertaanya adalah juga di kalangan media dan jemputan yang terdiri daripada pihak penaja. Mereka diberikan kuota (tanpa membayar yuran pendaftaran) antara satu ke tiga kereta mengikut sponser yang diberikan.Orang berbudi kita berbahasalah kan. Begitulah sebenar ceritanya. Sebenarnya, kategori tu tajuknya adalah `Kategori Jemputan' yang dibuka kepada pihak media dan sponser. Tapi tak per...kita akan bawa pandangan dalam mesyuarat nanti.
Kalau tahun hadapan kita mendapat ramai penyertaan daripada pihak media, kita buat satu lagi kategori khas. Ye tak? Apapun terima kasih di atas segala pandangan yang diberikan.
Wassalam.

greatdayz9 berkata...

Akak....

Saya tengok aka memang ader potensi untuk jadi penulis lirik la...

Oleh sebab itu, saya nak mintak akak tolong saya tuliskan satu lirik lagu untuk saya komersilkan dan selitkan dalam lebih kurang 5 lagu yang saya dan compose...


Ini betul2 bukan cobaaaannn...


mintak tolong yek kak....


lirik lagu tu saya nak story dier lebih kurang macam mencari diri sebenar, melepaskan sesuatu yang kite sayang, penghargaan kepada seseorang@sesuatu, dan aper sajer citer yang ader touching2 siket yek....


tolong ye kak...


kalau ok, adela habuan nyer untuk akak k...

reply dalam blog saya tau kak...


CHOW CHIN CHAU!!!

Have a nice Day'z ahead...



GELI MAAAAATTT!!!!!

Marian Awor berkata...

Aduh!!! Luluh hati jantongku bila lihat akak punya sajak... Bila kubaca, teringat masa sekolah tingkatan lima dulu, aku merupakan kaki penyajak yang fuh!!!! Time buat sajak, memang menusuk kalbu. Saya tak sangka, akak buat sajak akan mengingatkan aku dengan seseorang yang hingga kini belum kutemui. Teman ketika di tingkatan 2.